Sunday, February 26, 2012
renung2kan
Nama Keluarga : Marlboro, Dunhill, Suria dan Lain2
Pekerjaan : Membunuh, menghabiskan wang dan merosak kesihatan dan masa depan orang lain
Gaji : 200 juta setahun
Kadar bunuh : 10 ribu setahun
Peminat : 46 juta setahun
Buruan utama : Remaja & kanak2
Hasil : 50 Penyertaan baru setiap hari
Target : Semua orang tak kira umur, bangsa & pangkat
Isi kandungan : 4000 bahan kimia bahaya 200 paling bahaya
Saat dibenci : Apabila kempen `TAK NAK MEROKOK` berjalan lancar
Pernah ditangkap : 0 kali
Sebab : Terlalu banyak di dunia. Mungkinkah di dalam kocek anda!
Sebab ketagih : Kerana sejenis bahan iaitu `NIKOTIN`
Tempat tinggal : Kedai runcit, kilang dan gudang
Jangka hayat : 10 batang 100minit
Musuh : Pejuang2 `Tak Nak Merokok`
Kebaikan peminat : Tak usah tua sebab mati awal
Keburukan peminat : Tertipu... ditipu
Rakan karib : Mancis dan pemetik api
Renung-2 Kan..
Wednesday, February 15, 2012
peliharalah diriku
Ya Allah.. andainya aku lupa.. kau ingatkanlah
aku ya Allah... andainya aku terluka.. kau ceriakanlah aku ya Allah... andainya
aku buntu,, kau berikanlah aku jalan ya Allah... andainya aku sakit...kau
sembuhkanlah aku ya Allah....andainya aku mati.. pertemukanlah aku denganmu ya
Allah..
Kusimpan namanya di sudut hati,
Demi sebuah keredhoan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,
Ya Rabb..
Bantu kami, hamba-Mu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati..
Cinta dua insan yang dibatasi syariat-Mu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agung-Mu..
Ya Rahman...
Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milik-Mu,
Kepada-Mu segalanya dikembalikan..
Ya Muhaimeen,
Namun ku gusar..
Dengan mujahadah ini,
Apakah dia bisa setia,
Apakah dia bisa menunggu,
Apakah kami bisa tabah,
Higga ke akhirnya...
Ya Rabbul Izzati,
Engkaulah Pemilik segala hati,
Peganglah hati-hati kami,
Peliharalah hati-hati kami,
Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami,
Dengan cahaya keimanan kepada-Mu..
Agar kami bisa terus bermujahadah,
Hingga waktu menentukannya..
Ameen ya Rabb..

Tuesday, February 14, 2012
jika esok hari terakhirku
sudah tentulah aku sujud sembah kepada Illahi tanpa menghiraukan realiti
Jika esok hari terakhirku,
maka sejadah ini akan basah dengan tangisan taubat nasuhaku
Jika esok hari terakhirku,
mulut ini akan tidak berhenti walau sesaat mengucapkan zikir kepadaMu
Jika esok hari terakhirku,
akan ku gapai motosikal burukku, meminta ampun kepada sahabatku
Jika esok hari terakhirku,
ramadhan terakhirku pasti penuh terisi dengan ibadat kepadaMu
Jika esok hari terakhirku,
tiada lagi cela,umpat,hina,cacian dan kejian dari mulut dan hatiku
Jika esok hari terakhirku,
nafsu batin kan ku kunci demi untuk menghadapiMu
Jika esok hari terakhirku,
mata ini tiada lagi melihat maksiat duniawi, tiada lagi indahnya dewi
Jika esok hari terakhirku,
akan ku balut tubuh badanku dari ditatapi bukan mahramku
Jika esok hari terakhirku,
tempatkanlah aku di kalangan pejuangmu
Tetapi, hanyalah
Jika esok hari terakhirku.
*siapalah yg betul2 berfikir andai esok hari terakhirku..akan ku zahirkan persediaan jasadku sepenuhnya hanya utk ketemu ALLAH..
HAKIKATNYA :: manusia zaman sekarang lebih memikirkan..jika esok hari terakhirku, akan ku kutip sebanyak mana kekayaan buat peninggalan waris2ku...dan masyarakat skrg lebih utamakan keseronokan dunia dan tak menghiraukan adanya kehidupan diakhirat sana..HAKIKATNYA amat pedih utk dihayati..semoga diri ini dan sahabat2 istiqomah dlm menyiapkan diri utk bertemu YANG MAHA BERKUASA hanya ALLAH SWT
Monday, February 13, 2012
maaf kan diri ini..
✿~ Maaf, mungkin selama ini aku bukanlah TEMAN yang baik..
✿~ Maaf juga, mungkin selama ini aku sering MELALAIKANMU..
✿~ Maaf lagi, mungkin selama ini aku membuatmu rasa SEDIH TERSISIH..
✿~ Maaf juga, mungkin selama ini ada bicaraku yang PEDIH..
✿~ Maaf sungguh, mungkin selama ini aku sering TIDAK MEMAHAMI..
✿~ Maaf aku hanya hamba yang biasa, kerana KELEMAHANKU itu seringku panjatkan doaku padamu di kesempatan yang ada..
Moga Allah selalu MENYAYANGIMU kerana siapa pun kamu, kamu itu adalah temanku di dunia dan di akhirat..tidak ada apa-apa yang ku pinta dari mu, hanya KEMAAFAN yang tulus ikhlas..
p/S:Jangan kerana satu kesalahan, kita membenci seseorang itu habis-habisan. Boleh jadi semasa kamu memikirkan 10 kejahatannya, orang yang kamu benci itu sedang mengingati 20 kebaikan kamu lalu berdoa untuk kebaikanmu

Thursday, February 2, 2012
cerita1
Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.
Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...
Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama
seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....
Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...
Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...
Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...
Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...
Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .
Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.
Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.
Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..
Wakakaka... .penat aku nak tulih lagi nie....

Thursday, January 26, 2012
OPEN RELATIONSHIP??
sekadar berkongsi maklumat yg dbce ;))
Menurut pemerhatian saya, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationship sebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?
Dipetik daripada wikipedia
An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.
yang bermaksud
Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.
Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini.
Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.
Harap Maklum.
Thursday, January 12, 2012
Lawak dari Jepun
Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.
Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali.
Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu.
Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.
Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.
Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.
Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.
Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.
Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.
Oda lantas bertanya, “Kenapa kamu yang naik??”
Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, “Aku takut la, di bawah tu ada manusia… dah la cakap kuat cerewet pulak tu…”
Wednesday, January 4, 2012
keluarga 69
Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai
anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak
tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah.
Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli,
Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada
Bapak Mertuanya.
Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan
anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada
Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli,
Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi.
Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri
Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah
Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli,
Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu
kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...
muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk... .. nennooo nennooo..neenooo..nenoooo..
phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku pening... .... aku sindiri naik fening menterjemahkan
semua nih!!
Thursday, December 29, 2011
Putus cinta ANUGERAH ALLAH
=> penah rasa putus CINTA? mesti pernah kot.. klo penah, i would say BAGUS! klo x penah mkna nya anda belom lagi mngenal erti kehidupan percintaan yg sebenor nya...
as always, kita di sini, bkn utk meminta pekara buruk tue berlaku atau mndoakan kecelakaan sebaliknya, kita mahu menimba pengalaman dan mngetahui sedikit pengetahuan yg mngkin dpt mmbantu utk mematangkan diri di dlm mnangani soal kehidupan di dlm percintaan..
cuba kita tnya..
=>"mgapa Allah berikan kegagalan cinta kpd kita?? mgapa Tuhan mbiarkan kita putus cinta dgn org yg kita amat sygi?"
=>penah anda dpt jwpan dr pertnyaan ini??
in my humble opinion,
=> Tuhan berikan kegagalan cinta dan takdir putus cinta itu adalah kerana Dia mahu kita bLajar dr kegagalan itu agar kita mnjadi manusia yg lebih sempurna. n dr pgalaman itu, kita dpt berkongsi dgn mereka yg kurang berpengetahuan..
sbb itulah yg i lakukan sepanjang kehidupan kebelakangan nie. i berkongsi kegagalan & kejayaan dan berbagai-bagai masalah cinta yang i face myself, friends, n people around me...
=> tentu saja i sedih bila putus cinta. tp.. bila i dpt bantu walau hnya sorg utk berjaya, kebahagiaan itu.. is speechless!!
"so that's why kita x perlu bersedih sgt krna putus cinta!!!"
same things happen bila sebuah perkahwinan tu terpaksa melalui perceraian.. cuba kita tnya,
=>"mgapa Allah berikan perceraian setlah kita berkahwin dgn penuh kebahagiaan??"
=>penah dpt jwpan dr pertnyaan ni??
in my humble lagi,
=> Tuhan berikan perceraian itu adalah kerana Dia mahu kita lebih tabah. n yg paling utama, mngkin ada pasangan lain yg dpt memberikan lebih kebahagiaan & myayangi kita.. malah mungkin lebih mnghargai segala-gala tentang kita.
=>tentu saja kita akan sedih.. amat sedih bila bercerai.. tp.. bila kita dpt menerima takdir dari yg Maha Esa, barulah kita akan dpt melihat betapa besar hikmah dr Allah s.w.t
"so, that's why kita kena percaya dgn hikmah dr Allah, barulah kita x bersedih sgt.."
slalu kita tgok & baca komen-komen dan pesanan kt internet ni katanya,
"wanita baik hnya utk lelaki yg baik, begitulah sebaliknya.."
NOPE!! itu BUKAN cara Allah memberikan takdir dlm hidup kita betul x? selalunya, Tuhan akan membuatkan kita melalui cabaran & dugaan dlm hidup supaya kita belajar dari pengalaman perit itu. tiada short cut dan jln mudah beb....
=>samalah juga di dlm persoalan ini, klau yg baik dpt yg baik... apa yg dia org boleh belajar?? klau yg jahat dpt yg jahat.. semua perkara dh tahu! mana pengajaran dan cabarannya??
to me, maksud sebenar di sebalik ayat itu adalah,
"setiap org yg baik adalah utk mereka yg mahu berubah mnjadi yg baik!!"
putus cinta berlaku adalah TAKDIR TUHAN, Dia mahu kita belajar dr situasi yg berlaku.. jika yg baik hnya utk yg baik.. apa yg kita boleh belajar?? not so much.. klau putus cinta, cantik je percintaan tu.. nothing laaaa... that's NOT LIFE!!
that's why selalunya...
seorg yg baik, Allah sgaja temukan dgn yg tidak baik, utk kita mgenali & memahami erti kematangan hidup!! kemudian blajar membimbingnya mnjadi insan yg baik & beriman..
ada sorg laki yg telah selalu berzina, kehairanan...
"mgapa aku yg jahat & jahil ni tetap mndpt isteri yg masih dara??"
itulah takdir kasih dari Allah, masih memberi peluang kepadanya & melihat samada dia mahu bertaubat & kembali ke jln yg diredhai @ tidak...
si isteri juga kehairanan...
"mgapa aku yg sentiasa beriman kpd Allah & bertakwa tp masih dpt lelaki jahil & yg hidupnya penuh dgn maksiat??"
itulah cabaran dr Allah, bg si isteri utk membuka hati suami nya agar kembali beriman.. imagine jika dia dpt isteri yg suda rosak akhlaknya..
jd inilah baru betul caranya seperti yg selalu Tuhan mahu kita hadappi.. iaitu melalui cabaran & dugaan..
so putus cinta, bercerai... semua tu adalah satu proses.. prosesusaha kita yg Tuhan mahu kita belajar tabah mnghadapi dugaan dan cabaran.. dia mahu kita belajar dr kesilapan serta mnambahkan pgalaman itu & membantu sesama manusia..
JADI, bila berlaku putus cinta @ perceraian sekali pun, kita hadapinya dgn senyuman kerana, itu adalah pemberian dr Allah.. Anugerah dr Tuhan yg Maha Esa..
itulahlah ciptaan Tuhan yg Maha Agung... which is, the balance of the universe, kestabilan hukum alam kita!! sehingga di lain waktu.. InsyaAllah!!
Tuesday, December 20, 2011
kisah...
Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru
bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan
mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak
habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.
"Kau
memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau
tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu
B.
"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.
"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."
"Camni..Aku
syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak
perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park
kereta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk
sebuah kereta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase
sesuai tangkap diorang."
"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak.
Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku
masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye
isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah
aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun..
Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun
jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..."
kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi...."

Saturday, December 17, 2011
Kenapa Lelaki Menangis?
Lelaki menangis bukan sebab potong bawang ataupun sebab lain .. tapi sebab ALLAH SWT dan perkara2 yg boleh dia tangisi ~
Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.
Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.
Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.
Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.
Kenapa lelaki menangis?
~ Kebanyakan lelaki akan menangis apabila, Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
~ Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
~ Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
~ Ibu atau bapanya meninggal dunia.
~ Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
~ Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
~ Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

Tuesday, December 13, 2011
JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA
jika kamu
memancing ikan.. setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu
mengambil ikan itu.. jgn sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dlm air begitu
sahaja.. kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu &
mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup..
Begitulah
juga.. setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorg.. setelah ia
mulai MENYANYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.. jgnlah sesekali kamu
meninggalkannya begitu saja.. keranan dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
& mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mgingatimu..
jika kamu
menadah air biarlah berpada, jgn terlalu mngharap pada takungannya & jgnlah
mganggap ia begitu teguh.. cukuplah sekadar keperluanmu.. apabila sekali ia
retak.. tentu sukar utk kamu menambalnya semula.. akhirnya ia dibuang..
sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia dpt masih dipergunakan
lagi..
begitu
juga jika kamu memiliki seseorg, TERIMALAH seadanya.. jgnlah kamu terlalu
mengaguminya dan jgn lah menganggapnya begitu istimewa... anggaplah dia manusia
biasa. apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bkn mudah bagi kamu utk
menerimanya.. akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya.. sedangkan jika kamu
MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya..
jika kamu
telah memiliki sepinggan nasi.. yg kamu pasti baik utk dirimu.. mengenyangkan..
berkhasiat.. mngapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yg lain... terlalu
ingin mengejar kelazatan.. kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
memakannya.. kamu akan menyesal..
begitu
juga jika kamu terlah bertemu dengan seorg insan.. yg pasti membawa KEBAIKAN
kpd dirimu.. MENYAYANGIMU.. MENGASIHMU.. mgapa kamu berlengah, cuba
MEMBANDINGKANNYA dengan org lain.. terlalu mengejar kesempurnaan.. kelak, kamu
akan KEHILANGANNYA apabila diamenjadi milik orang lain kamu juga yg akan
MENYESAL..
CANTIK SEORANG WANITA
CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! GAD!S
BukaN keRaNa MeRah k!LauaN L!pst!k Pada
b!b!r MeMekaR seNyuMaN kosMet!k
Tetap! pada kepeR!bad!aN teRpeL!haRa KeLeMbutaN
kesopaNaN MeNgh!as! j!wa
CaNt!kNya seoRaNg wan!ta !tu sebaga! REMAJA
T!dak pada kuL!tNya muLus MeNggebu teRdedah UNtuk
MeNggoda paNdaNgaN Nafsu Mata
Tetap! pada keh!dupaN teRjaga DaR!
MeNjad! MaNgsa tohMahaN duN!a
CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! HAWA
T!dak keRaNa b!jak MeRuNtuN !MaN kauM AdaM
Seh!Ngga tuRuNkaN !NsaN ke duN!a
Tetap! MeNjad! peMbakaR seMaNgat pew!Ra MeNjad! tuNjaNg peRjuaNgaN syuhada
CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! ANAK
T!dak MeNjeRat d!R! pada leMbah keduRhakaaN
MeNgaL!r Mut!aRa d! keLopak mata
Tetap! MeNjad! peNyeLaMat !bu bapa Pada haR! kebaNgk!taN beRmuLa
CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! ISTERI
BukaN keRaNa peNeRaju keRjaya daLaM
RuMahtaNgga
Tetap! seNt!asa beRsaMa MeNeMpuh bada!
d!s!s! suaM! teRc!Nta
CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! MENANTU
BukaN keRaNa keMewahaN d!Mata
Tetap! b!jak daLaM MeNjauh! peRseNgkoLaN ipaR
LaMa! MeNjad! peNgh!buR hat! peRMata keh!dupaN
CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! IBU
BukaN teRLetak pada kebaNgk!taN aNak DaLaM
set!ap peRteL!NgkahaN
Tetap! d!bawah LeMbayuNg kejayaaN MeMbua!
aNak d!kaLa suaM! MeNjaL!N !Mp!aN
CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! MERTUA
T!dak keRaNa beRjaya MeRuNtuh !staNa
Tetap! jaL!NaN kas!h sayaNg TuLus hat!
MeNgag!h kas!h setaRa pada seMua
CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga!
NENEK BukaN MeMbeR! haRta duN!a Seh!Ngga
geNeRas! Lupa
Tetap! MeNjad! pada peNd!ta MeNjaR!Ng
teLadaN paRa aNb!a pada aNak baNgsa
CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga!
WARGANEGARA
BukaN keRaNa MeNyaNdaNg puNcak duNia
Tetap! b!jak MeNaNgk!s R!NtaNgaN Peka
MeMbeLa nas!b daN MaRuah NegaRa
Monday, December 12, 2011
andai mahu menerima cinta ADAM
1. jgn dilihat pada kereta mewahnya
semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam
menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah
tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi
nan indah..
2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..
3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..
sekadar renungan bersama..^^

Sunday, December 11, 2011
♥•♥•♥ NASIHAT BUAT ADAM ♥•♥•♥
★═══════ ●❤● ═══════★★══════ ●❤● ══════★★══════●❤●
(¯`•.¸áƒ¦ Wahai kaum ADAM sekalian, kalau nak merempit pun merempit lah seperti Khalid al-Walid...merempit bersama kudanya dalam memperjuangkan Islam.
(¯`•.¸áƒ¦ kalau nak jadi samseng pun nak bergusti pun, boleh je tapi jadilah samseng yang "bermaruah" seperti saidina Umar yang menjadi samseng menentang samseng2 kufar.
(¯`•.¸áƒ¦ kalau nak jadi lelaki romantis pun, boleh je tapi janganlah beromantis dengan yang bukan mahram..jadilah romantik seperti Rasululllah s.a.w.. Romantiknya baginda bersama Aisyah dan isteri baginda yang lain2.
(¯`•.¸áƒ¦ kalau nak menangis pun,janganlah menangis disebabkan perempuan yang tiada kaitan denganmu..menangislah kerana Allah, kerana tidak mampu menjalankan tanggungjawab menjadi mukmin sejati..wallahua'lam..

Hati
Andai ku
pernah menyakiti, maafkanKU..
Andai pernah ku memaksa, maafkanKU..
Andai penuh manja dan mengoda, ku sesali langkah imanku..ampunkanKU..
Andai ku selalu menabur janji, ingatkan ku hakikat seorg yg berjanji..
Andai ku jauh mengayam angan2, tegur2lah diriku agar kembali pada alam nyata..
Cintaku luhur, mencari redha ILAHI melalui bakal pemimpin buatku..
KU akui diri kita saling kurang mengurangi..kan ku tampung kekurangan..
Wahai cinta ISTIKHARAHku,
Sudikah dikau bersamaku, mengorak langkah mencari redha ILAHI, mengenal diri, menjadi ummah yg berguna buat semua..
Sudikah dikau berkongsi cinta ini tanpa berundur lagi..
bersama mengharungi masa demi kehidupan bersama diakhirat sana..
KU sayang kamu, KU cinta kamu, KU impikan dirimu...
Sudikah dikau terima diriku yg serba kurang sifat penciptaanku..
KU kan nantikan dirimu disaat kau menberi salam disyurga sana..
KAU suami dunia akhiratku..itu matlamatku..
Sudikah dikau???
*layan kan*

Friday, December 9, 2011
KELEBIHAN NIKAH.....
saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!(nak kata bnyaknya pahala)
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!....
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!....
Allahurobbi..SERONOKNYA.....
tapi kalau couple???tak dapat pahala langsung....senyum2 manja pom dah BERDOSA...apatah lagi kalau berpegang tangan..renung merenung semua...
wahhhhhhh terasa nak cepat pulak kawin...supaya suami byk dapat pahala..hehehehhehehehehe

.°o.O.o° ALLAH ITU WUJUD .°o.O.o°
Ada seorang cikgu tadika yang TAK PERCAYA wujudnya Tuhan. Dia pun
berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak
percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.
InsyaAllah,sama2 kita Renungkan..^^

Thursday, December 8, 2011
Andai Benar Sayangkan Seseorang
GIRL : awak, saye nak bg tahu awk sesuatu . .
BOY : ye cyg,ape die ckp lah. .
GIRL : Ex saya dtg balik nakkan saya... urwmm...
BOY : ermmm .. Awak masih cintakan dia ke cyg ?
GIRL : ermmm.. Entah... Awk rasa ? ?
BOY : kalau awk masih sygkn dia cyg , awak pergi lah pada dia.
GIRL : Awak x cemburu ke ? Awak tak marah ?
BOY : (tunduk dgn nada suara yang sayu2) Buat apa sye nak marah awak cyg.. Mungkin dia boleh jaga awak dgn sempurna.. Saya tahu kalau betul awk sygkan saya cyg , takkan ada orang lain boley rampas awak dari saya. ( tunduk lalu setitis air mata jatuh membasahi bumi )
GIRL : (terdiam terpaku dgn kata2 kekasihnya) cyg, saya tak inginkan yang lain, saya janji cinta saya hnya untuk awak. (lalu mengesat airmata si kekasihnya) :)
Kesimpulannya...
Janganlah menguji tahap kecemburuan seorang lelaki , kerana ianya akan terpendam sehingga menitiskan air mata.. Air mata bg lelaki amat bermakna , tp ianya akan tewas jika hatinya dilukai . .

Wednesday, December 7, 2011
teka teki teka tekuk
Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka.. kalo terer!
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar hue hue hue!!
Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.
Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut EPI BESDAY
Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!
Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani
Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing
lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG
IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!
Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!!
*Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai?
Bus skolah lah... The OnLY bus yng pergi skolah
*Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais?
Jawapan : Milo AIS
*Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
Jawapan : Sbb kalau angkat dua kaki jatuh lah.. hahahahha
*Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol
Jawapan: Semut bermate BENGKAK hahahahha
*Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
Jawapan : Motosikal sbb dia pakai tongkat
*Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
Jawapan : Kambing binATANG

Subscribe to:
Posts (Atom)