PaGeS

Thursday, December 29, 2011

Putus cinta ANUGERAH ALLAH

=> penah rasa putus CINTA? mesti pernah kot.. klo penah, i would say BAGUS! klo x penah mkna nya anda belom lagi mngenal erti kehidupan percintaan yg sebenor nya...

as always, kita di sini, bkn utk meminta pekara buruk tue berlaku atau mndoakan kecelakaan sebaliknya, kita mahu menimba pengalaman dan mngetahui sedikit pengetahuan yg mngkin dpt mmbantu utk mematangkan diri di dlm mnangani soal kehidupan di dlm percintaan..
cuba kita tnya..

=>"mgapa Allah berikan kegagalan cinta kpd kita?? mgapa Tuhan mbiarkan kita putus cinta dgn org yg kita amat sygi?"
=>penah anda dpt jwpan dr pertnyaan ini??

in my humble opinion,

=> Tuhan berikan kegagalan cinta dan takdir putus cinta itu adalah kerana Dia mahu kita bLajar dr kegagalan itu agar kita mnjadi manusia yg lebih sempurna. n dr pgalaman itu, kita dpt berkongsi dgn mereka yg kurang berpengetahuan..

sbb itulah yg i lakukan sepanjang kehidupan kebelakangan nie. i berkongsi kegagalan & kejayaan dan berbagai-bagai masalah cinta yang i face myself, friends, n people around me...

=> tentu saja i sedih bila putus cinta. tp.. bila i dpt bantu walau hnya sorg utk berjaya, kebahagiaan itu.. is speechless!!

"so that's why kita x perlu bersedih sgt krna putus cinta!!!"
same things happen bila sebuah perkahwinan tu terpaksa melalui perceraian.. cuba kita tnya,

=>"mgapa Allah berikan perceraian setlah kita berkahwin dgn penuh kebahagiaan??"
=>penah dpt jwpan dr pertnyaan ni??

in my humble lagi,
=> Tuhan berikan perceraian itu adalah kerana Dia mahu kita lebih tabah. n yg paling utama, mngkin ada pasangan lain yg dpt memberikan lebih kebahagiaan & myayangi kita.. malah mungkin lebih mnghargai segala-gala tentang kita.

=>tentu saja kita akan sedih.. amat sedih bila bercerai.. tp.. bila kita dpt menerima takdir dari yg Maha Esa, barulah kita akan dpt melihat betapa besar hikmah dr Allah s.w.t

"so, that's why kita kena percaya dgn hikmah dr Allah, barulah kita x bersedih sgt.."
slalu kita tgok & baca komen-komen dan pesanan kt internet ni katanya,
"wanita baik hnya utk lelaki yg baik, begitulah sebaliknya.."
NOPE!! itu BUKAN cara Allah memberikan takdir dlm hidup kita betul x? selalunya, Tuhan akan membuatkan kita melalui cabaran & dugaan dlm hidup supaya kita belajar dari pengalaman perit itu. tiada short cut dan jln mudah beb....

=>samalah juga di dlm persoalan ini, klau yg baik dpt yg baik... apa yg dia org boleh belajar?? klau yg jahat dpt yg jahat.. semua perkara dh tahu! mana pengajaran dan cabarannya??

to me, maksud sebenar di sebalik ayat itu adalah,
"setiap org yg baik adalah utk mereka yg mahu berubah mnjadi yg baik!!"
putus cinta berlaku adalah TAKDIR TUHAN, Dia mahu kita belajar dr situasi yg berlaku.. jika yg baik hnya utk yg baik.. apa yg kita boleh belajar?? not so much.. klau putus cinta, cantik je percintaan tu.. nothing laaaa... that's NOT LIFE!!
that's why selalunya...
seorg yg baik, Allah sgaja temukan dgn yg tidak baik, utk kita mgenali & memahami erti kematangan hidup!! kemudian blajar membimbingnya mnjadi insan yg baik & beriman..
ada sorg laki yg telah selalu berzina, kehairanan...
"mgapa aku yg jahat & jahil ni tetap mndpt isteri yg masih dara??"
itulah takdir kasih dari Allah, masih memberi peluang kepadanya & melihat samada dia mahu bertaubat & kembali ke jln yg diredhai @ tidak...

si isteri juga kehairanan...
"mgapa aku yg sentiasa beriman kpd Allah & bertakwa tp masih dpt lelaki jahil & yg hidupnya penuh dgn maksiat??"
itulah cabaran dr Allah, bg si isteri utk membuka hati suami nya agar kembali beriman.. imagine jika dia dpt isteri yg suda rosak akhlaknya..

jd inilah baru betul caranya seperti yg selalu Tuhan mahu kita hadappi.. iaitu melalui cabaran & dugaan..
so putus cinta, bercerai... semua tu adalah satu proses.. prosesusaha kita yg Tuhan mahu kita belajar tabah mnghadapi dugaan dan cabaran.. dia mahu kita belajar dr kesilapan serta mnambahkan pgalaman itu & membantu sesama manusia..

JADI, bila berlaku putus cinta @ perceraian sekali pun, kita hadapinya dgn senyuman kerana, itu adalah pemberian dr Allah.. Anugerah dr Tuhan yg Maha Esa..

itulahlah ciptaan Tuhan yg Maha Agung... which is, the balance of the universe, kestabilan hukum alam kita!! sehingga di lain waktu.. InsyaAllah!!

Tuesday, December 20, 2011

kisah...

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru
bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan
mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak
habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau
memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau
tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu
B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku
syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak
perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park
kereta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk
sebuah kereta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase
sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak.
Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku
masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye
isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah
aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun..
Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun
jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..."
kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi...."

Saturday, December 17, 2011

Kenapa Lelaki Menangis?

Lelaki menangis bukan sebab potong bawang ataupun sebab lain .. tapi sebab ALLAH SWT dan perkara2 yg boleh dia tangisi ~

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

~ Kebanyakan lelaki akan menangis apabila, Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
~ Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
~ Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
~ Ibu atau bapanya meninggal dunia.
~ Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
~ Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
~ Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

Tuesday, December 13, 2011

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA


jika kamu memancing ikan.. setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.. jgn sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dlm air begitu sahaja.. kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup..

Begitulah juga.. setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorg.. setelah ia mulai MENYANYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.. jgnlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.. keranan dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mgingatimu..

jika kamu menadah air biarlah berpada, jgn terlalu mngharap pada takungannya & jgnlah mganggap ia begitu teguh.. cukuplah sekadar keperluanmu.. apabila sekali ia retak.. tentu sukar utk kamu menambalnya semula.. akhirnya ia dibuang.. sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia dpt masih dipergunakan lagi..

begitu juga jika kamu memiliki seseorg, TERIMALAH seadanya.. jgnlah kamu terlalu mengaguminya dan jgn lah menganggapnya begitu istimewa... anggaplah dia manusia biasa. apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bkn mudah bagi kamu utk menerimanya.. akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya.. sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya..

jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.. yg kamu pasti baik utk dirimu.. mengenyangkan.. berkhasiat.. mngapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yg lain... terlalu ingin mengejar kelazatan.. kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. kamu akan menyesal..

begitu juga jika kamu terlah bertemu dengan seorg insan.. yg pasti membawa KEBAIKAN kpd dirimu.. MENYAYANGIMU.. MENGASIHMU.. mgapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan org lain.. terlalu mengejar kesempurnaan.. kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila diamenjadi milik orang lain kamu juga yg akan MENYESAL..

CANTIK SEORANG WANITA


CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! GAD!S
BukaN keRaNa MeRah k!LauaN L!pst!k Pada b!b!r MeMekaR seNyuMaN kosMet!k
Tetap! pada kepeR!bad!aN teRpeL!haRa KeLeMbutaN kesopaNaN MeNgh!as! j!wa

CaNt!kNya seoRaNg wan!ta !tu sebaga! REMAJA
T!dak pada kuL!tNya muLus MeNggebu teRdedah UNtuk MeNggoda paNdaNgaN Nafsu Mata
Tetap! pada keh!dupaN teRjaga DaR! MeNjad! MaNgsa tohMahaN duN!a

CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! HAWA
T!dak keRaNa b!jak MeRuNtuN !MaN kauM AdaM
Seh!Ngga tuRuNkaN !NsaN ke duN!a
Tetap! MeNjad! peMbakaR seMaNgat pew!Ra MeNjad! tuNjaNg peRjuaNgaN syuhada

CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! ANAK
T!dak MeNjeRat d!R! pada leMbah keduRhakaaN
MeNgaL!r Mut!aRa d! keLopak mata
Tetap! MeNjad! peNyeLaMat !bu bapa Pada haR! kebaNgk!taN beRmuLa

CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! ISTERI
BukaN keRaNa peNeRaju keRjaya daLaM RuMahtaNgga
Tetap! seNt!asa beRsaMa MeNeMpuh bada! d!s!s! suaM! teRc!Nta

CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! MENANTU
BukaN keRaNa keMewahaN d!Mata
Tetap! b!jak daLaM MeNjauh! peRseNgkoLaN ipaR LaMa! MeNjad! peNgh!buR hat! peRMata keh!dupaN


CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! IBU
BukaN teRLetak pada kebaNgk!taN aNak DaLaM set!ap peRteL!NgkahaN
Tetap! d!bawah LeMbayuNg kejayaaN MeMbua! aNak d!kaLa suaM! MeNjaL!N !Mp!aN

CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! MERTUA
T!dak keRaNa beRjaya MeRuNtuh !staNa
Tetap! jaL!NaN kas!h sayaNg TuLus hat! MeNgag!h kas!h setaRa pada seMua

CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga!
NENEK BukaN MeMbeR! haRta duN!a Seh!Ngga geNeRas! Lupa
Tetap! MeNjad! pada peNd!ta MeNjaR!Ng teLadaN paRa aNb!a pada aNak baNgsa

CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! WARGANEGARA
BukaN keRaNa MeNyaNdaNg puNcak duNia
Tetap! b!jak MeNaNgk!s R!NtaNgaN Peka MeMbeLa nas!b daN MaRuah NegaRa

Monday, December 12, 2011

andai mahu menerima cinta ADAM


1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

sekadar renungan bersama..^^

Sunday, December 11, 2011

♥•♥•♥ NASIHAT BUAT ADAM ♥•♥•♥


★══════════════★★════════════★★══════
(¯`•.¸
Wahai kaum ADAM sekalian, kalau nak merempit pun merempit lah seperti Khalid al-Walid...merempit bersama kudanya dalam memperjuangkan Islam.
(¯`•.¸
kalau nak jadi samseng pun nak bergusti pun, boleh je tapi jadilah samseng yang "bermaruah" seperti saidina Umar yang menjadi samseng menentang samseng2 kufar.
(¯`•.¸
kalau nak jadi lelaki romantis pun, boleh je tapi janganlah beromantis dengan yang bukan mahram..jadilah romantik seperti Rasululllah s.a.w.. Romantiknya baginda bersama Aisyah dan isteri baginda yang lain2.
(¯`•.¸
kalau nak menangis pun,janganlah menangis disebabkan perempuan yang tiada kaitan denganmu..menangislah kerana Allah, kerana tidak mampu menjalankan tanggungjawab menjadi mukmin sejati..wallahua'lam..
★══════════════★★════════════★★══════

Hati


Andai ku pernah menyakiti, maafkanKU..
Andai pernah ku memaksa, maafkanKU..
Andai penuh manja dan mengoda, ku sesali langkah imanku..ampunkanKU..
Andai ku selalu menabur janji, ingatkan ku hakikat seorg yg berjanji..
Andai ku jauh mengayam angan2, tegur2lah diriku agar kembali pada alam nyata..

Cintaku luhur, mencari redha ILAHI melalui bakal pemimpin buatku..
KU akui diri kita saling kurang mengurangi..kan ku tampung kekurangan..

Wahai cinta ISTIKHARAHku, 
Sudikah dikau bersamaku, mengorak langkah mencari redha ILAHI, mengenal diri, menjadi ummah yg berguna buat semua..
Sudikah dikau berkongsi cinta ini tanpa berundur lagi..
bersama mengharungi masa demi kehidupan bersama diakhirat sana..
KU sayang kamu, KU cinta kamu, KU impikan dirimu...
Sudikah dikau terima diriku yg serba kurang sifat penciptaanku..
KU kan nantikan dirimu disaat kau menberi salam disyurga sana..
KAU suami dunia akhiratku..itu matlamatku..
Sudikah dikau??? 

*layan kan*

Friday, December 9, 2011

KELEBIHAN NIKAH.....


saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!(nak kata bnyaknya pahala)
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!....
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!....
Allahurobbi..SERONOKNYA.....
tapi kalau couple???tak dapat pahala langsung....senyum2 manja pom dah BERDOSA...apatah lagi kalau berpegang tangan..renung merenung semua...
wahhhhhhh terasa nak cepat pulak kawin...supaya suami byk dapat pahala..hehehehhehehehehe

.°o.O.o° ALLAH ITU WUJUD .°o.O.o°


Ada seorang cikgu tadika yang TAK PERCAYA wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.
InsyaAllah,sama2 kita Renungkan..^^

Thursday, December 8, 2011

Andai Benar Sayangkan Seseorang

GIRL : awak, saye nak bg tahu awk sesuatu . .
BOY : ye cyg,ape die ckp lah. .
GIRL : Ex saya dtg balik nakkan saya... urwmm...
BOY : ermmm .. Awak masih cintakan dia ke cyg ?
GIRL : ermmm.. Entah... Awk rasa ? ?
BOY : kalau awk masih sygkn dia cyg , awak pergi lah pada dia.
GIRL : Awak x cemburu ke ? Awak tak marah ?
BOY : (tunduk dgn nada suara yang sayu2) Buat apa sye nak marah awak cyg.. Mungkin dia boleh jaga awak dgn sempurna.. Saya tahu kalau betul awk sygkan saya cyg , takkan ada orang lain boley rampas awak dari saya. ( tunduk lalu setitis air mata jatuh membasahi bumi )
GIRL : (terdiam terpaku dgn kata2 kekasihnya) cyg, saya tak inginkan yang lain, saya janji cinta saya hnya untuk awak. (lalu mengesat airmata si kekasihnya) :)

Kesimpulannya...
Janganlah menguji tahap kecemburuan seorang lelaki , kerana ianya akan terpendam sehingga menitiskan air mata.. Air mata bg lelaki amat bermakna , tp ianya akan tewas jika hatinya dilukai . .

Wednesday, December 7, 2011

teka teki teka tekuk


Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka.. kalo terer!
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar hue hue hue!!
Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.
Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut EPI BESDAY
Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!
Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani
Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing
lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG
IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!
Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!!
*Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai?
Bus skolah lah... The OnLY bus yng pergi skolah
*Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais?
Jawapan : Milo AIS
*Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
Jawapan : Sbb kalau angkat dua kaki jatuh lah.. hahahahha
*Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol
Jawapan: Semut bermate BENGKAK hahahahha
*Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
Jawapan : Motosikal sbb dia pakai tongkat
*Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
Jawapan : Kambing binATANG

Wednesday, November 9, 2011

Luahan Hati


ku melangkah dibumi ini..mencari jawapan pada persoalan dihati..
siapa diriku dimuka bumi ini??? 
siapa diriku untuk umat nabi???
siapa diriku untuk masyarakat disekelilingku???
siapa diriku buat keluargaku??? 
apa perananku sebagai HAMBA ALLAH...
ku menyatakan diriku mencintai ALLAH, tapi apa yg telah kulakukan...
betapa jahilnya diri dlm melangkah mencari jawapan pada persoalan2 dihati...APAKAH BEKALANKU UNTUK BERTEMU ILAHI...
YA ALLAH ku masih jahil dikawasan sendiri..

Friday, October 7, 2011

20perkara yang membuatkan wanita membenci lelaki


1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga….

Thursday, October 6, 2011

pepatah melayu ada mengatakan..

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit,
manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... bisu
17. Hidup segan, mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail
di laut (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik
hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh belah

Tuesday, October 4, 2011

petua tercekik tulang

Aku datang dari keluarga yg besar... 16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"... maka adalah yg tak kena sana sini... hmm..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:

"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. Ñ×utang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!!

Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie:

"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak
suara2 yg sound:
"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "

Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis
nasi satu pinggang!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...

Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"

Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan
tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke
lidi he he heh"-kataku.

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya :

Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..

Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun
sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..

Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang
tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)

Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"

(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN THE RETURN!!!!!! "

HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.

Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..

Semuanya dari Allah!!!

He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!!
(supermanpun akan jadi mayat