PaGeS

Sunday, February 26, 2012

renung2kan


Nama Keluarga : Marlboro, Dunhill, Suria dan Lain2
Pekerjaan : Membunuh, menghabiskan wang dan merosak kesihatan dan masa depan orang lain
Gaji : 200 juta setahun
Kadar bunuh : 10 ribu setahun
Peminat : 46 juta setahun
Buruan utama : Remaja & kanak2
Hasil : 50 Penyertaan baru setiap hari
Target : Semua orang tak kira umur, bangsa & pangkat
Isi kandungan : 4000 bahan kimia bahaya 200 paling bahaya
Saat dibenci : Apabila kempen `TAK NAK MEROKOK` berjalan lancar
Pernah ditangkap : 0 kali
Sebab : Terlalu banyak di dunia. Mungkinkah di dalam kocek anda!
Sebab ketagih : Kerana sejenis bahan iaitu `NIKOTIN`
Tempat tinggal : Kedai runcit, kilang dan gudang
Jangka hayat : 10 batang 100minit
Musuh : Pejuang2 `Tak Nak Merokok`
Kebaikan peminat : Tak usah tua sebab mati awal
Keburukan peminat : Tertipu... ditipu
Rakan karib : Mancis dan pemetik api
Renung-2 Kan..

Wednesday, February 15, 2012

peliharalah diriku


Ya Allah.. andainya aku lupa.. kau ingatkanlah aku ya Allah... andainya aku terluka.. kau ceriakanlah aku ya Allah... andainya aku buntu,, kau berikanlah aku jalan ya Allah... andainya aku sakit...kau sembuhkanlah aku ya Allah....andainya aku mati.. pertemukanlah aku denganmu ya Allah..
Kusimpan namanya di sudut hati,
Demi sebuah keredhoan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,

Ya Rabb..
Bantu kami, hamba-Mu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati..

Cinta dua insan yang dibatasi syariat-Mu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agung-Mu..

Ya Rahman...
Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milik-Mu,
Kepada-Mu segalanya dikembalikan..

Ya Muhaimeen,
Namun ku gusar..
Dengan mujahadah ini,
Apakah dia bisa setia,
Apakah dia bisa menunggu,
Apakah kami bisa tabah,
Higga ke akhirnya...

Ya Rabbul Izzati,
Engkaulah Pemilik segala hati,
Peganglah hati-hati kami,
Peliharalah hati-hati kami,
Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami,
Dengan cahaya keimanan kepada-Mu..

Agar kami bisa terus bermujahadah,
Hingga waktu menentukannya..
Ameen ya Rabb..

Tuesday, February 14, 2012

jika esok hari terakhirku

Jika esok hari terakhirku,
sudah tentulah aku sujud sembah kepada Illahi tanpa menghiraukan realiti
Jika esok hari terakhirku,
maka sejadah ini akan basah dengan tangisan taubat nasuhaku
Jika esok hari terakhirku,
mulut ini akan tidak berhenti walau sesaat mengucapkan zikir kepadaMu
Jika esok hari terakhirku,
akan ku gapai motosikal burukku, meminta ampun kepada sahabatku
Jika esok hari terakhirku,
ramadhan terakhirku pasti penuh terisi dengan ibadat kepadaMu
Jika esok hari terakhirku,
tiada lagi cela,umpat,hina,cacian dan kejian dari mulut dan hatiku
Jika esok hari terakhirku,
nafsu batin kan ku kunci demi untuk menghadapiMu
Jika esok hari terakhirku,
mata ini tiada lagi melihat maksiat duniawi, tiada lagi indahnya dewi
Jika esok hari terakhirku,
akan ku balut tubuh badanku dari ditatapi bukan mahramku
Jika esok hari terakhirku,
tempatkanlah aku di kalangan pejuangmu
Tetapi, hanyalah
Jika esok hari terakhirku.

*siapalah yg betul2 berfikir andai esok hari terakhirku..akan ku zahirkan persediaan jasadku sepenuhnya hanya utk ketemu ALLAH..

HAKIKATNYA :: manusia zaman sekarang lebih memikirkan..jika esok hari terakhirku, akan ku kutip sebanyak mana kekayaan buat peninggalan waris2ku...dan masyarakat skrg lebih utamakan keseronokan dunia dan tak menghiraukan adanya kehidupan diakhirat sana..HAKIKATNYA amat pedih utk dihayati..semoga diri ini dan sahabat2 istiqomah dlm menyiapkan diri utk bertemu YANG MAHA BERKUASA hanya ALLAH SWT

Monday, February 13, 2012

maaf kan diri ini..

✿~ Maaf, mungkin selama ini aku bukanlah TEMAN yang baik..
✿~ Maaf juga, mungkin selama ini aku sering MELALAIKANMU..
✿~ Maaf lagi, mungkin selama ini aku membuatmu rasa SEDIH TERSISIH..
✿~ Maaf juga, mungkin selama ini ada bicaraku yang PEDIH..
✿~ Maaf sungguh, mungkin selama ini aku sering TIDAK MEMAHAMI..
✿~ Maaf aku hanya hamba yang biasa, kerana KELEMAHANKU itu seringku panjatkan doaku padamu di kesempatan yang ada..

Moga Allah selalu MENYAYANGIMU kerana siapa pun kamu, kamu itu adalah temanku di dunia dan di akhirat..tidak ada apa-apa yang ku pinta dari mu, hanya KEMAAFAN yang tulus ikhlas..

p/S:Jangan kerana satu kesalahan, kita membenci seseorang itu habis-habisan. Boleh jadi semasa kamu memikirkan 10 kejahatannya, orang yang kamu benci itu sedang mengingati 20 kebaikan kamu lalu berdoa untuk kebaikanmu

Thursday, February 2, 2012

cerita1

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama 
seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..

Wakakaka... .penat aku nak tulih lagi nie....