PaGeS

Tuesday, December 13, 2011

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA


jika kamu memancing ikan.. setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.. jgn sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dlm air begitu sahaja.. kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup..

Begitulah juga.. setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorg.. setelah ia mulai MENYANYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.. jgnlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.. keranan dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mgingatimu..

jika kamu menadah air biarlah berpada, jgn terlalu mngharap pada takungannya & jgnlah mganggap ia begitu teguh.. cukuplah sekadar keperluanmu.. apabila sekali ia retak.. tentu sukar utk kamu menambalnya semula.. akhirnya ia dibuang.. sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia dpt masih dipergunakan lagi..

begitu juga jika kamu memiliki seseorg, TERIMALAH seadanya.. jgnlah kamu terlalu mengaguminya dan jgn lah menganggapnya begitu istimewa... anggaplah dia manusia biasa. apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bkn mudah bagi kamu utk menerimanya.. akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya.. sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya..

jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.. yg kamu pasti baik utk dirimu.. mengenyangkan.. berkhasiat.. mngapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yg lain... terlalu ingin mengejar kelazatan.. kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. kamu akan menyesal..

begitu juga jika kamu terlah bertemu dengan seorg insan.. yg pasti membawa KEBAIKAN kpd dirimu.. MENYAYANGIMU.. MENGASIHMU.. mgapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan org lain.. terlalu mengejar kesempurnaan.. kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila diamenjadi milik orang lain kamu juga yg akan MENYESAL..

No comments:

Post a Comment