PaGeS

Thursday, April 30, 2015

Wooo... antik betul

Jumpa kereta ni kt highway nk balik kampung tadi.. tetiba je hujan..duduk la dia kt bawah jambatan.. kesian.. penutup kereta dia rosak.. heee..

Awan ka kabus tu

Hujan tak berhenti.. mesti kabus..

Saturday, April 18, 2015

Cream & fudge

Terasa cokelat. Strawberry dgn vanillanya... at Alamanda Putrajaya.

Tuesday, April 14, 2015

Kau ada

Tumpang lalu.. dino nak ambik duit kejap na..

STRESS Zaman Sekarang

Mesti budak tu stress gila bila nak jawap exam. Last sekali jadi lagu ni la.. ;-) saya kasi ☆☆☆☆

Wednesday, April 8, 2015

Apabila rindu 3 sahabat

Aku rindu sangat2 kt diorang tiga ni.. bila la dapat hangout ramai2.. I MISS U buddies.. really..

Saturday, December 7, 2013

perasaan

dalam diam aku tertarik dengan agamanya, sifatnya, ilmunya, akhlaknya, kecantikkannya, gaya pemakaiannya & keanak-anakkannya...
aku diam, diam kerana aku tahu dia milik allah, aku hanya perlu meminta kepadanya..

jodoh milik allah, tiada lafaz cinta melainkan mendahulukan "Lafaz Akad Nikah"..
~(^^)~ amin...huhu...



Wahai Hati...

janganlah jauh daripada sifat untuk menginsafi diri..
jauh lagi untuk menjadi sempurna..
jauh lagi untuk menjadi solehah..
jauh lagi untuk menjadi bunga-bunga islam yang mewangi..

berusaha berusaha berusaha menjadi wanita penyejuk mata buat si bakal suami kelak.. insyaAllah..

Tuesday, July 23, 2013

Try to understand people first before you judge others.

1. If a person laughs too much, even at stupid things, he/she is lonely deep inside.
2. If a person sleeps a lot, he/she is sad.
3. If a person speaks less, but speaks fast, he/she keeps secrets.
4. If someone can't cry, he/she is weak.
5. If someone eats in an abnormaal manner, he is tense.
6. If someone cries on little things, he/she is innocent & soft-hearted.
7. If someone becomes angry over silly or petty (small) things, it means he/she needs love.

Thursday, July 18, 2013

Kadang-Kadang

kadang-kadang dalam kehidupan kita rasa kita tak cukup sempurna

1.   Aku tak cukup sempurna nak kejar perkara/benda yang aku nak.
2.   Kadang-kadang rasa macam diri tak berguna langsung.
3.   Keperluan harian aku orang macam tak kisah je.
4.   Risau apa orang fikir pasal aku yang berkarier profil rendah.
5.   Dulu & sekarang, rasa macam benda tak betul je dengan aku.
6.   Aku kena buat semua perkara sorang. Aku sunyi.
7.   Aku lemah.
8.   Aku tak boleh nak bersaing dengan persekitaran yang mencabar.
9.   Aku tak ada pilihan untuk maju.
10. Rasa diri tak disayangi.

Wednesday, June 6, 2012

Empat Perkara


1. Empat perkara yg membuat badan sakit :
- Banyak bercakap
- Banyak tidur
- banyak makan
- banyak bertemu orang

2. Empat perkara yg merosak tubuh badan :
- Khuatir / cemas
- Sedih
- Lapar
- Tidur lewat malam

3. Empat perkara yg menjadikan kemurungan dan kesedihan :
- Berbohong
- Kurang ajar atau tidak hormat
- Berdebat tanpa pengetahuan atau informasi yg memadai
- Melakukan perkara tidak moral atau melakukan sesuatu tanpa rasa takut

4. Empat perkara yg membuatkan wajah berseri dan bahagia :
- Soleh
- Kesetiaan
- Amal Jariah
- Menolong sesama dg ikhlas tanpa diminta balasan

5. Empat perkara yg memberhentikan rezeki :
- Tidur di pagi hari dari solat subuh hingga matahari bersinar
- Tidak solat/berdoa secara teratur
- Malas
- Pengkhianatan atau tidak jujur

6. Empat perkara yg membawa Rezeki :
- Berdoa di malam hari
- Taubat
- Beramal
- Berzikir

Tuesday, March 27, 2012

Realiti Lelaki dan Perempuan

Sebab-sebab perempuan benci lelaki:_


  1. Kecewa dengan lelaki
  2. Lelaki pemarah
  3. Lelaki tak matang
  4. Lelaki tak paham perempuan
  5. Lelaki ego


Sebab-sebab lelaki benci perempuan:_


  1. Perempuan obses
  2. Perempuan tak paham lelaki
  3. Perempuan cepat tacing
  4. Perempuan ego kuat
  5. Perempuan kuat cemburu
  6. Perempuan Quenn control
= bukan nak melaga-lagakan antara lelaki dengan perempuan.
Tetapi realiti lelaki dan perempuan masing-masing cari kesalahan sesama sendiri.
Sampai bila pun pasti dibenci kan.. :)

Friday, March 23, 2012

Cinta


Cinta itu bukan pilihan...
Cinta itu ikhlas dari hati,
jika tepat pada masa ketika,
keadaan dan siapa,
Cinta itu adalah kuasa luar biasa, 
yang tiada bandingannya...

Bila kita memang dijodohkan,
Apa pun halangannya kita pasti akan disatukan dlm pernikahan,
Namun bila memang kita tidak dijodohkan apa pun usaha 
pastikan tiada hasilnya,

Ya Allah,
Ajarkan kami mencintai dgn sederhana,
Ajarkan kami agar lebih pandai memendam cinta,
Ajarkan kami untuk lebih mencintai-Mu dan kekasih-Mu,

Ya Allah,
jagalah kami dari dosa dunia,
jagalah dia dari dosa cinta,
Aku mencintainya karana-Mu,
Aku pun rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki 
dan gantikanlah yg terbaik menurut Engkau Ya Allah.

Saturday, March 10, 2012

Ciptaan Allah yang bernama WANITA..


Malaikat menghadap Allah dan bertanya :
"Ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan wanita ini..?"

Allah menjawab :
"Apakah kamu memperhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki lebih dari 200 organ yang selalu bergerak agar boleh menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak harus mampu melayani suaminya, menjaga harta keluarga dan menjadi ratu di rumah tinggalnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat enak segala macam makanan yang dihidangkan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang boleh menyembuhkan rasa sakit. Dia harus boleh melakukan segala sesuatu hanya dengan 2 tangannya."

Malaikat terkejut dan berkata :
"Hanya dengan 2 tangan… 2 tangan! ini adalah hal yang mustahil..."

Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya, lalu kepada malaikat,
Allah berfirman :
"Tunggulah sampai besok aku akan menyelesaikan semuanya. tunggulah sebentar! Ciptaan ini akan segera selesai. Dia ini akan selalu dekat dengan Aku. Dia boleh menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia boleh bekerja sepanjang hari dan malam.."

Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah : "Ya Allah, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!"

Allah menjawab :
"Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak boleh menggambarkan sampai dimana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar."

Malaikat bertanya: "Apakah dia boleh berfikir?"

Allah menjawab :
"Tidak hanya berfikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia boleh berdialog dan juga boleh berdebat."

Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah :"Ya Allah mengapa pipinya ranum dan berkilau..?"

Allah menjawab :
"Pipi itu bukan semata ranum dan berkilau. Di situ tersimpan air mata dan di situ terletak banyak beban berat."

Malaikat bertanya : "Kenapa mengalirkan air mata?

Allah menjawab :
"Air mata adalah satu-satunya cara melepaskan beban. Mengalirnya air mata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagian dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya..

#Subhanallah. Indahnya ciptaanNYA :')
YA ALLAH..TERIMA KASIH YA ALLAH kerna ciptakan kami sebagai wanita..ALHAMDULILLAH YA ALLAH

Sunday, February 26, 2012

renung2kan


Nama Keluarga : Marlboro, Dunhill, Suria dan Lain2
Pekerjaan : Membunuh, menghabiskan wang dan merosak kesihatan dan masa depan orang lain
Gaji : 200 juta setahun
Kadar bunuh : 10 ribu setahun
Peminat : 46 juta setahun
Buruan utama : Remaja & kanak2
Hasil : 50 Penyertaan baru setiap hari
Target : Semua orang tak kira umur, bangsa & pangkat
Isi kandungan : 4000 bahan kimia bahaya 200 paling bahaya
Saat dibenci : Apabila kempen `TAK NAK MEROKOK` berjalan lancar
Pernah ditangkap : 0 kali
Sebab : Terlalu banyak di dunia. Mungkinkah di dalam kocek anda!
Sebab ketagih : Kerana sejenis bahan iaitu `NIKOTIN`
Tempat tinggal : Kedai runcit, kilang dan gudang
Jangka hayat : 10 batang 100minit
Musuh : Pejuang2 `Tak Nak Merokok`
Kebaikan peminat : Tak usah tua sebab mati awal
Keburukan peminat : Tertipu... ditipu
Rakan karib : Mancis dan pemetik api
Renung-2 Kan..

Wednesday, February 15, 2012

peliharalah diriku


Ya Allah.. andainya aku lupa.. kau ingatkanlah aku ya Allah... andainya aku terluka.. kau ceriakanlah aku ya Allah... andainya aku buntu,, kau berikanlah aku jalan ya Allah... andainya aku sakit...kau sembuhkanlah aku ya Allah....andainya aku mati.. pertemukanlah aku denganmu ya Allah..
Kusimpan namanya di sudut hati,
Demi sebuah keredhoan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,

Ya Rabb..
Bantu kami, hamba-Mu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati..

Cinta dua insan yang dibatasi syariat-Mu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agung-Mu..

Ya Rahman...
Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milik-Mu,
Kepada-Mu segalanya dikembalikan..

Ya Muhaimeen,
Namun ku gusar..
Dengan mujahadah ini,
Apakah dia bisa setia,
Apakah dia bisa menunggu,
Apakah kami bisa tabah,
Higga ke akhirnya...

Ya Rabbul Izzati,
Engkaulah Pemilik segala hati,
Peganglah hati-hati kami,
Peliharalah hati-hati kami,
Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami,
Dengan cahaya keimanan kepada-Mu..

Agar kami bisa terus bermujahadah,
Hingga waktu menentukannya..
Ameen ya Rabb..